Pewaris takhta Sultan_Sallehuddin

Tunku Temenggong Kedah

Tunku Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Tunku Temenggong pada 28 November 1981. Baginda menjadi salah satu anggota Jemaah Pemangku Sultan yang memerintah Kedah apabila kakanda sulung baginda, Sultan Abdul Halim berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong dari Disember 2011 hingga Disember 2016.

Raja Muda Kedah

Pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Tunku Mahmud Sallehuddin merupakan pewaris kelima kepada tahkta singgahsana Kedah Darul Aman, di hadapan kakanda kandung baginda, Tunku Annuar. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1943 dan paduka ayahanda baginda mengganti sebagai Sultan Badlishah, baginda menjadi pewaris keempat menaiki takhta. Sepanjang pemerintah paduka kakanda baginda, adinda Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Raja Muda Kedah memandangkan baginda tiada zuriat putera.[6] Ketika Tuanku Abdul Halim yang berkhidmat sebagai Yang Dipertuan Agong hampir berakhir pada 12 Disember 2016, Tunku Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Kedah pada usia 74 tahun, tidak lama setelah Tuanku Abdul Halim tiba kembali di Alor Star dalam satu majlis yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Raja Muda Kedah ketika itu yang juga kakanda tiri baginda, Tuanku Abdul Malik, telah mangkat pada 29 Oktober 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah.[7] Pengisytiharan pemasyhuran tersebut diadakan pada istiadat menjunjung duli keberangkatan pulang Sultan Abdul Halim dan dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Datuk Bakar Din di hadapan paduka kakanda baginda.[8] Tunku Sallehuddin kemudian melafaz sumpah dan menandatangani Watikah Sumpah Raja Muda yang turut disaksikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri iaitu Datuk Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Hashim Hamzah. Sultan Kedah pada waktu itu berkenan mengurniakan keris kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan istiadat itu disusuli dengan paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam.[9]

Tunku Sallehuddin memegang beberapa kedudukan penting termasuk sebagai canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan presiden Majlis Agama Islam Kedah.[10]

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Sallehuddin http://www.malaysiakini.com/news/366221/ http://www.orangkedah.com/biodata-ringkas-tunku-ma... http://www.bhplus.com.my/berita/wilayah/2018/03/39... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/nasional/tunku-salle... http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/16/t... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/15/r... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tunku-sal... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/tunku-sall... http://www.utusanborneo.com.my/2017/09/12/raja-mud...